Monday, 11 July 2016

FASILITI ANNUR DIYANA





Salam Syawal....

Kami di Taska Annur Diyana sentiasa mempertingkatkan usaha kami untuk memberikan kemudahan yang terbaik kepada semua anak-anak yang berada di taska kami. Kami menyedari bahawa pembelajaran yang kondusif amat membantu perkembangan kognitif, psikomotor dan sahsiah anak-anak. Oleh itu, kami telah menyediakan beberapa kemudahan agar anak-anak yang berada di taska kami mendapat suasana yang terbaik. 

Selain persekitaran yang ceria, kami juga turut mengambil berat dan mengambil cakna hal-hal kesihatan dan keselamatan di tempat kami. Oleh itu, kami telah melengkapkan tempat kami dengan peti pertolongan cemas dan alat pemadam api sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang risiko kemalangan di tempat kami. Sesungguhnya, persekitaran yang sihat dan selamat menjana modal insan berkualiti.