Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Walaupun Taska Annur DiYana baru ditubuhkan, kami mempunyai pengalaman dalam menguruskan tadika/taska/pusat asuhan kanak-kanak hampir 10 tahun. Pemilik taska merupakan seorang graduan daripada Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (kini dikenali sebagai Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin, UNISZA). Beliau telah berkhidmat dengan beberapa taska/tadika/pusat asuhan kanak-kanak di beberapa lokasi di Negeri Terengganu sebagai guru/guru tadika/guru kafa dan juga penyelia tadika/taska.
Pemilik Taska Annur DiYana juga mempunyai Sijil Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Sijil ini merupakan kursus wajib bagi pengusaha taska. Kursus ini adalah bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran kepada para pekerja taska mengendalikan taska agar dapat memberikan perkhidmatan mengikut Akta 1984. Sepanjang dalam bidang ini juga pengusaha Taska Annur DiYana juga telah menghadiri banyak lagi kursus-kursus lain antaranya Kursus Bahasa Inggeris, Kursus Kreativiti Pengajaran, dan sebagainya.