Saturday, 28 May 2016

FASA II: PEMBANGUNAN ANNUR DIYANA


Keadaan taska diakhir peringkat pengubahsuaian


Alhamdulillah....

Tarikh 26 Mei 2016 merupakan satu tarikh yang bermakna kerana pada tarikh tersebut satu majlis bacaan yasin dan tahlil ringkas telah diadakan. Program ini hanya melibatkan jemputan dalaman ahli keluarga terdekat. Kami mengharapkan agar usaha kami ini diberkati dan dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Sesungguhnya antara nikmat yang terbesar yang Allah berikan adalah nikmat Iman dan Islam yang semestinya harus disyukuri oleh setiap muslim.

Syukur juga kepada yang Maha Pencipta kerana mengizinkan kami merealisasikan impian kami untuk penubuhan Annur DiYana ini. Fasa pembangunan dan kerja-kerja berkaitan semuanya dilakukan sendiri dengan bantuan ahli keluarga. Hiasan dilaman dilakukan bagi menyediakan suasana yang kondusif dan selesa kepada kanak-kanak agar mereka merasa tenang dan selesa ketika berada di Annur DiYana. Kami merasakan bahawa suasana yang ceria perlu disediakan kepada kanak-kanak untuk menarik minat dan merangsang perkembangan minda mereka. Sesungguhnya golongan ini lebih banyak dan cepat belajar daripada keadaan sekeliling mereka disamping permainan yang berorientasikan pendidikan.

Justeru itu, kami bersiap sedia dan cuba untuk melengkapkan fasiliti kami dengan kemudahan yang mencukupi untuk kanak-kanak di Annur DiYana. 

Majlis bacaan yasin dan tahlil di Annur DiYana

Jamuan ringkas selepas majlis bacaan yasin dan tahlil

Menyiapkan kerja-kerja mengecat yang belum selesai




FASA I: PEMBANGUNAN AN-NUR DIYANA

Rumah Cadangan untuk Tadika Annur Diyana


Pembangunana Annur DiYana bermula secara berperingkat. Idea penubuhan taska/tadika ini sebenarnya telah lama bermula. Oleh kerana kekangan tertentu idea penubuhannya bermula pada awal tahun 2016. Dengan pengalaman pengusahanya yang telah bekerja dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak ini lebih dari 5 tahun dan juga pengalaman bekerja dengan beberapa buah taska, adalah wajar jika sekiranya, pusat asuhan atau pendidikan awal kanak-kanak ini ditubuhkan dibawah kelolaan sendiri,

Sesuatu kejayaan itu sebenarnya bukan mudah untuk dikecapi. Sesungguhnya kejayaan itu tidak datang bergolek tetapi dengan usaha dan juga tawakal. Usaha sebegini juga tidak dapat terhasil secara realiti tanpa sokongan semua terutamanya keluarga dan rakan-rakan. Justeru itu, sokongan moral daripada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perjalanan mewujudkan Annur DiYana ini amatlah dihargai.

Pada awalnya, kami mencari rumah kosong untuk disewa melalui internet pada sekitar bulan Februari 2016. Hasil perbincangan dengan pemilik rumah,akhirnya pemilik bersetuju untuk membenarkan kami menyewa rumah tersebut. Terima kasih juga kepada pemilik rumah yang memahami hasrat kami untuk membuka taska di kawasan tersebut. Ketika perbincangan tersebut saya masih teringat lagi kata-kata beliau bahawa beliau sangat menyokong hasrat anak muda untuk memulakan perniagaan. 

Secara rasminya, rumah tersebut telah kami sewa bermula pertengahan Mac 2016. Kami memilih opsyen untuk membagunkan jenama kami sendiri walaupun pada awalnya ada pihak yang menawarkan untuk meneruskan pernigaan mereka dan kami hanya menyediakan modal awal bagi operasi taska/tadika tersebut. Walaubagaimanapun, kami merasakan bahawa kami perlu bermula daripada bawah selain dapat mengurangkan kos modal ke tahap yang optimum.

Ketika tempoh awal fasa penyewaan rumah tersebut, kami dapati beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Walaupun kedudukan rumah tersebut adalah lebih strategik kerana terletak dipermulaan taman perumahan dan tanah lot tepi, kami dapati bahawa dahan pokok yang terletak di tepi jalan agak tidak terurus. Kami juga ada dimaklumkan bahawa aduan telah dibuat kepada MBKT tetapi masih belum mendapat maklum balas. Justeru itu, kami sekali lagi membuat aduan bertulis dan follow-up dengan MBKT. Akhirnya, sekitar Mei, pemangkasan pokok telah dilakukan oleh MBKT dan juga TNB. Terima kasih kepada pihak berkuasa tempatan dan pihak berkenaan kerana membantu dan memberi maklum balas pada aduan kami. Gambar-gambar berikut adalah merupakan keadaan asal kawasan sekitar rumah tersebut.

Rumah dalam keadaan baik dan strategik

Kawasan halaman terdapat daun-daun kering daripada pokok diluar pagar

Jalan masuk yang agak terhalang oleh dahan pokok