Rumah Cadangan untuk Tadika Annur Diyana
Pembangunana Annur DiYana bermula secara berperingkat. Idea penubuhan taska/tadika ini sebenarnya telah lama bermula. Oleh kerana kekangan tertentu idea penubuhannya bermula pada awal tahun 2016. Dengan pengalaman pengusahanya yang telah bekerja dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak ini lebih dari 5 tahun dan juga pengalaman bekerja dengan beberapa buah taska, adalah wajar jika sekiranya, pusat asuhan atau pendidikan awal kanak-kanak ini ditubuhkan dibawah kelolaan sendiri,
Sesuatu kejayaan itu sebenarnya bukan mudah untuk dikecapi. Sesungguhnya kejayaan itu tidak datang bergolek tetapi dengan usaha dan juga tawakal. Usaha sebegini juga tidak dapat terhasil secara realiti tanpa sokongan semua terutamanya keluarga dan rakan-rakan. Justeru itu, sokongan moral daripada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perjalanan mewujudkan Annur DiYana ini amatlah dihargai.
Pada awalnya, kami mencari rumah kosong untuk disewa melalui internet pada sekitar bulan Februari 2016. Hasil perbincangan dengan pemilik rumah,akhirnya pemilik bersetuju untuk membenarkan kami menyewa rumah tersebut. Terima kasih juga kepada pemilik rumah yang memahami hasrat kami untuk membuka taska di kawasan tersebut. Ketika perbincangan tersebut saya masih teringat lagi kata-kata beliau bahawa beliau sangat menyokong hasrat anak muda untuk memulakan perniagaan.
Secara rasminya, rumah tersebut telah kami sewa bermula pertengahan Mac 2016. Kami memilih opsyen untuk membagunkan jenama kami sendiri walaupun pada awalnya ada pihak yang menawarkan untuk meneruskan pernigaan mereka dan kami hanya menyediakan modal awal bagi operasi taska/tadika tersebut. Walaubagaimanapun, kami merasakan bahawa kami perlu bermula daripada bawah selain dapat mengurangkan kos modal ke tahap yang optimum.
Ketika tempoh awal fasa penyewaan rumah tersebut, kami dapati beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Walaupun kedudukan rumah tersebut adalah lebih strategik kerana terletak dipermulaan taman perumahan dan tanah lot tepi, kami dapati bahawa dahan pokok yang terletak di tepi jalan agak tidak terurus. Kami juga ada dimaklumkan bahawa aduan telah dibuat kepada MBKT tetapi masih belum mendapat maklum balas. Justeru itu, kami sekali lagi membuat aduan bertulis dan follow-up dengan MBKT. Akhirnya, sekitar Mei, pemangkasan pokok telah dilakukan oleh MBKT dan juga TNB. Terima kasih kepada pihak berkuasa tempatan dan pihak berkenaan kerana membantu dan memberi maklum balas pada aduan kami. Gambar-gambar berikut adalah merupakan keadaan asal kawasan sekitar rumah tersebut.
Rumah dalam keadaan baik dan strategik
Kawasan halaman terdapat daun-daun kering daripada pokok diluar pagar
Jalan masuk yang agak terhalang oleh dahan pokok